Tuesday, March 1, 2011

Jadi la, kenapa x jadi lagi?....

Wahai anak2 aku sekalian..
Siang dan malam aku menjaga mu
Aku datang tidak mengira waktu untuk menjaga mu
Memberi mu makanan, minuman dan segala khasiat untuk mu untuk terus hidup
Aku menjaga, memandikan kamu setiap hari
Aku sediakan untukmu tempat tinggal yang selesa agar dirimu
Agar dirimu hidup sihat tanpa sebarang kekurangan

Tapi, malangnya
Dirimu wahai anak2 aku
Kau curang padaku wahai anak2 ku
Aku menjaga dirimu dengan penuh sempurna
Tapi kau tetap meninggalkan aku
Kau xsayang padaku
Pergi tanpa ungkapan sebarang bicara

Kadang2 aku berfikir
Bermuhasabah terhadap diriku
Adakah aku seorang bapa yang baik
Yang menjaga anak2nya dengan baik
Pada ku, aku dah buat setakat yang aku mampu

Sesekali
Aku terpaksa berlaku tidak adil padamu
Wahai anak2ku
Aku terpksa memarahi dirimu
Tapi..
Kau marah aku kembali
OOhh.sungguh begitu perlakuanmu padaku
Tapi aku tetap sayang padamu
Selagi hayatku di kandung badan
Aku tetap akan menjaga mu wahai anak2ku
Sehingga dirimu akhirnya
Mendapat kedudukan yang sempurna pada masa akan datang
Dan dapat berkhidmat untuk manusia selepasku
Itu lah harapanku wahai anak2ku dari mu

MURADIF ALKALIMAT

anak2ku = MCF7 & Vero
menjaga = memberi kuantiti serum, media yg cukup
makanan = serum
minuman = media (air sirap)
memandikan = washing with PBS
tempat tinggal = t-flask & incubator
curang = contamination
meninggalkan = mati terapung
bapa yang baik = method yang betol
marah = treat dengan bromelain
marah kembali = result SRB turun naik
hayat di kandung badan = due date submit report
kedudukan yg sempurna = dlm cryo vial dlm -150
dapat berkhidmat = revive semula
manusia = anak buah DR. Azura